Kamaluddin Muhamad

Kamaluddin Muhamad ialah seorang Sasterawan Negara Malaysia 1981. Beliau lebih dikenali sebagai Keris Mas. Beliau seorang wartawan, editor, pentadbir sastera, sasterawan, dan pengkritik.Beliau dilahirkan di Kampung Ketari, Bentong, Pahang pada 10 Jun 1922. Menerima pendidikan di Sekolah Melayu Bentong; Sekolah Tawalib di Sumatera iaitu sebuah sekolah menengah dengan pengantar bahasa Indonesia dan bahasa Arab. Keluarganya berharap beliau akan bekerja sebagai guru agama. Seterusnya, beliau menyambung pelajaran di Kolej Kulliahtul Muallimin Al-Islamiah, Sumatera (Maktab Perguruan Islam) bagi melayakkan beliau menjadi seorang guru. Beliau juga mempelajari bahasa Belanda. Kemudian, beliau belajar di Pitman College, Singapura (1940) untuk mengambil peperiksaan matrikulasi Universiti London. Namun, pengajiannya terhalang kerana Perang Dunia Kedua meletus.Beliau telah berkahwin dengan pasangannya, Rosewita Ali.

Rujukan

WikiPedia: Kamaluddin Muhamad http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt... http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=ar... http://www.pnm.my/yangpertama/Tokoh_Sasterawan1.ht... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p069438757 http://web.archive.org/web/20180310165130/http://w... http://isni.org/isni/0000000368509412 https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb143758154 https://data.bnf.fr/ark:/12148/cb143758154 https://www.idref.fr/117965111 https://id.loc.gov/authorities/names/n81118813